Monday, June 30, 2008

TERKINI :PEMENTASAN TEATER WAYANG KULIT UMNO TITIWANGSA DI HOTEL CORUS - PENGARAH, PENERBIT , LAKAN LAYAR- DATUK SERI SULEIMAN MOHAMAD !

Kemelut politik UMNO Bahagian Titiwangsa yang mencapai paras 180 sudut darjah dua minggu lepas ekoran daripada majlis taklimat Tengku Razali Hamzah dan Datuk Mukhriz Mahathir dikatakan mempunyai agenda tersurat dan tersirat - Ketua UMNO Bahagianya sendiri Datuk Seri Suleiman Mohamad -bertukar mencapai paras 360 sudut darjah berikutan perkembangan terkini di " Teater Hotel Corus " sabtu lepas.



Walaupun Suleiman tidak menghadiri kedua - dua mesyuarat tersebut , tetapi Suleiman dikatakan orang yang disebalik tabir yang merancanganya dan juga menganjurkanya dan anakya Idham Yasser ( Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa ) pula menjadi kabel kuat untuk majlis taklimat Mukhriz.Beberapa ahli - ahli UMNO Titiwangsa turut menyatakan rasa kekecewaan kerana surat undangan untuk majlis Ku Li dikeluarkan sendiri oleh pejabat UMNO Titiwangsa dan ditandatangani oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Apa sudah jadi ? Adakah UMNO Titiwangsa merestui Ku Li bertanding menentang Pak Lah atau satu lagi agenda Suleiman Mohamad untuk memperkukuhkan dirinya untuk sepenggal lagi sebagai Ketua Bahagian? Inilah persoalan - persoalan yang menjadi tajuk utama dikalangan ahli - ahli UMNO di Titiawangsa sejak kebelakangan ini.

Malah pendedahan Wilayahkini ( SILA KLIK DISINI ) mengenai kedua - dua program tersebut juga menjadi bahan bualan dikalangan ahli - ahli di Titiwangsa sehingga Wilayahkini turut menerima banyak komen dan emel, tetapi kami terpaksa memantau beberapa komen kerana terlalu bersifat peribadi.Wilayahkini amat mengalu - alukan sebarang komen tetapi kami sangat berharap, semua komen ataupun emel yang dihantar mempunyai mesej yang membina untuk kita semua khususnya untuk mengembalikan satu sinar baru kepada UMNO Titiwangsa - yang menjadi satu bahagian yang mempunyai nilai kemelayuan yang tersendiri di Malaysia.Kebangkitan suara melayu di Kelab Sultan Sultan Ismail, keagungan perkampungan melayu - Kampung Baru, Masjed Jamek Kampung Baru merupakan identiti melayu yang paling mahal di Malaysia - yang sentiasa menjadi perhatian .

Kekalahan UMNO kepada Pas di Parlimen Titiwangsa bukan sahaja telah memberi tamparan hebat kepada UMNO Titiwangsa malah juga kepada UMNO Wilayah Persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan juga kepada UMNO pusat.

Selepas program ala rashia " Ku Li dan Mukhriz" Wilayahkini pada minggu lepas menerima satu lagi mesej melalui emel dan komen kononya satu lagi majlis akan diadakan Sabtu lepas ( 28 Jun ) Jam 2ptg di Hotel Corus , Jalan Ampang - diatas nama perjumpaan Kelab Veteran UMNO Titiwangsa.

TEATER POLITIK DI HOTEL CORUS ?-Wilayahkini difahamkan walaupun majlis tersebut dianjurakan atas nama Kelab Veteran UMNO Titiwangsa , jemputan untuk majlis tersebut dihantar kepada kesemua 87 Ketua - Ketua Cawangan di UMNO Titiwangsa.Wilayahkini turut menerima berita bahawa, ada dikalangan Ketua - Ketua Cawangan mendapat jemputan pada hujung malam sehari sebelum majlis tersebut. Walaupun nama Kelab Veteran menjadi sasaran , tetapi agenda utama yang tersirat dan tersurat disebalik majlis tersebut yang dirancangkan oleh Suleiman Mohamad ialah meluluskan resolusi melalui pendekatan tandatangan daripada kesemua ketua - ketua cawangan yang hadir - SUPAYA JAWATAN KETUA , TIMBALAN DAN NAIB BAHAGIAN TIDAK DIPERTANDINGKAN PADA PEMILIHAN BAHAGIAN KALI INI !

Namun agenda Suleiman Mohamad dikatakan tidak berhasil dan mencapai jalan buntu kerana tidak kesemua ketua - ketua cawangan yang hadir untuk menandatangani " Deklarasi Menyelamatkan Karier Politik Suleiman " tersebut.

MASA DEPAN JOHARI GHANI
Majlis tersebut dikatakan sepenuhnya ditaja oleh Timbalan Ketua UMNO Titiwangsa Datuk Johari Ghani atau lebih dikenali sebagai " Jo KFC ". Kenapa Datuk Jo ? Ada yang katakan - penampilan Jo bagi merapatkan serta memperkukuhkan lagi hubungan Suleiman dengan Johari Ghani mejelang pemilihan bahagian? Penyokong juga Johari Ghani pula sudah mula muak dengan perkembangan di Titiwangsa kerana - bagi mereka Johari Ghani masih tidak mempunyai sebarang harapan dan juga cahaya sinar politik untuk maju ke depan.

SIAPA NAK LAWAN SIAPA ? PANDORA BOX DI BUKA ?
Ketika mensyarat cawangan akan bermula dalam tempoh dua minggu lagi, suasana politik di Titiwangsa menjadi hangat dimana AJK Bahagian dan juga calon BN Parlimen Titiwangsa yang kalah pada PRU baru - baru ini, Datuk Aziz Jamaluddin dikatakan berhasrat untuk menentang Suleiman Mohamad? Dikatakan Aziz Jamaluddin akan mengumukan hasratnya dalam tempoh masa yang terdekat ini.Pemerhati politik juga berpendapat penampilan Aziz untuk jawatan Ketua Bahagian merupakan satu langkah yang berani kerana benar- platform untuknya meluahkan apa yang terpahat di sisi hatinya kepada ahli - ahli UMNO Titiwangsa.Insiden kekalahan Aziz kepada calon Pas, Lolo Ghazali masih menghantui Aziz.Walaupun banyak spekulasi dan gossip dikaitkan mengenai kekalahan Aziz di Titiwangsa namun beliau sendiri megetahuinya dengan lebih mendalam.Apakah Aziz Jamaluddin sedia membuka " Pandora Box UMNO Titiwangsa " ? Untuk rekod, Aziz mendapat undi yang tertinggi untuk jawatan G7 pada tahun lepas dan Aziz merupakan anak watan Kg Baru.

Ada yang melihat Suleiman Mohamad perlu memberi peluang kepada muka baru ataupun kepada Johari Ghani - setidak tidaknya merangka pelan peralihan yang sistematik di Titiwangsa.


Bagi Jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula Jo Ghani dijangka ditentang oleh Datuk Rosman Ridzuan - AJK Bahagian, bekas Bendahari dan bekas Ketua Pemuda Bahagian Titiwangsa.Pada pemilihan tahun 2004 , Rosman tewas dengan Jo Ghani untuk jawatan yang sama.Adakah episod sama berulang kembali ?Ada pihak pula mahukan Johari Ghani bertanding Ketua Bahagian.

Untuk jawatan Naib Ketua Bahagian pula, penyandang Affendi Zahari dikatakan bakal ditentang oleh Datuk Azizi Ali yang merupakan AJK Bahagian dan bekas Setiausaha Bahagian.Beliau kini dikatakan menjadi Pengurus Besar Syarikat Perumahan Negara ( SPN ).Peluang Affendi yang juga merupakan adik kepada Datuk Fauzi Zahari - Bendahari UMNO Setiawangsa dikatakan - tidak begitu memihak kepadanya kali ini, mengikut sumber berita yang diterima oleh Wilayahkini.


Apapun, gelanggang kini sudah terbuka.Kita harap, ahli - ahli UMNO Titiwangsa dapat membuat satu keputusan yang bijak yang kebaikan semua pihak.Perubahan dari segi memantapkan semula UMNO Titiwangsa amat dialu - alukan sama sekali.Apakah pendapat Anda ? Hantar komen dan emel kepada kami - WILAYAHKINI