Friday, July 11, 2008

POLITIK UMNO LEMBAH PANTAI : PERCATURAN ANTARA YUSRI DAN RAJA NONG CHIK ?

OLEH : Wartawan Wilayahkini
Memang sudah tidak dapat dinafikan sama sekali bahawa UMNO Lembah Pantai kini berada dalam keadaan yang amat kritikal selepas insiden " Tsunami PRU ke 12 " di Parlimen Lembah Pantai . pada masa yang samaPemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad telah merancang pelbagai strategi untuk menaikkan imejnya sebagai Ketua daripada Pemangku Ketua .
Sepertimana yang kita sedia maklum, Yusri dilantik sebagai Pemangku Ketua Bahagian Lembah Pantai selepas Ketua Bahagian tersebut Datuk Shahrir yang juga merupakan adik kepada ratu bollywood kita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikenakan tindakan penggantungan ekoran daripada kes politik wang.
Kini, kedudukan Datuk Shahrir masih samar - samar , sama ada adakah beliau terlepas daripada penggantungnya atau tidak? Penyokong - penyokong Shahrir mahukan beliau kembali aktif dalam politik sepertimana Datuk Astaman dan mereka mahukan Shahrir bertanding semula jawatan Ketua Bahagian. Sumber - sumber juga memberitahu, kedudukan Shahrir - walaupun masih samar - samar tetapi rata - rata ahli - ahli UMNO di Lembah Pantai sudah meramalkan bahawa Datuk Shahrir sudah tidak berminat dengan politik lagi.
Kekalahan orang kuat BN dan UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada PRU ke 12 yang lepas telah meletakkan UMNO Lembah Pantai dalam satu " Dilemma " yang besar.
Pemerhati politik juga berpendapat walaupun Yusri Ahmad dijangka akan bertanding jawatan Ketua Bahagian , ramai merasakan penampilan semua mantan Ketua UMNO Lembah Pantai Dato Raja Nong Chik dijangka akan memberi atau boleh berupaya memberikan satu nafas dan suntikan semangat baru kepada UMNO Lembah Pantai yang kini dikatakan berada dalam keadaan yang amat " kritikal" selepas PRU ke 12.
Yusri juga tidak hadir ke majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama semua ketua - ketua cawangan UMNO WP di PWTC rabu lepas.
Walaupun Shahrizat bukan ahli UMNO Lembah Pantai dan selaku bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai , Shahrizat dikatakan menyokong kepimpinan Yusri berbanding dengan Raja Nong Chik.Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Kepong dan WP dikatakan sedang merencanakan satu strategi besar untuk kembali aktif dalam politik di Lembah Pantai.Jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia dijangka menjadi idaman dan pertaruhanya untuk mengembalikan semula imejnya.
UMNO Lembah Pantai memang mempunyai sejarahnya tersendiri.Datuk Kamal Hussein,Datuk Raja Nong Chik , Datuk Shahrir merupakan diantara nama - nama yang pernah menjadi Ketua Bahagian di Lembah Pantai.Kini bola dikaki Yusri Ahmad selaku Pemangku Ketua Bahagian untuk berjuang meneruskan karier politiknya di Lembah Pantai.Apakah Yusri akan berjaya merentasi halangan tersebut ? Wilayahkini turut difahamkan seorang lagi nama yang turut mengintai jawatan Ketua Bahagian ialah- Haji Zahran - seorang Ahli UMNO di Lembah Pantai.