Tuesday, May 27, 2008

PUTERI WP - SIAPA LEBIH GLAMOUR DI WP ? AZLINDA ATAU ISMALINA ? KEDUA - DUA BERTANDING JAWATAN KETUA PUTERI MALAYSIA?

oleh : Wartawan Wilayahkini


KUALA LUMPUR-- Perkembangan semasa Puteri UMNO WP ( Pu3 WP ) semakin menarik menjelang pemilihan cawangan , bahagian dan peringkat nasional dimana Ketua Puteri UMNO WP Azlinda Rashad dan Naib Ketua Puteri UMNO WP Datin Ismalina Ismail dijangka akan menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia yang bakal dikosongkan oleh Datuk Noraini.
Cakap - cakap sudah mula kedengaran dimana kedua - dua teraju utama Puteri UMNO WP berminat untuk menawarkan diri walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada kedua - dua mereka setakat ini.Namun, di WP sudah hangat diperkatakan dikalangan ahli -ahli Puteri bahawa Azlinda dan Isamalina berminat untuk bertanding.
Memang pelik tetapi benar.Inilah situasi yang terkini mengenai Puteri WP selepas WILAYAHINI memaparkan berita mengenai talian telefon di potong dan ketiadaan pejabat. SILA BACA DI SINI
Ramai berpendapat sudah tiba masanya bagi calon dari WP untuk memegang tampuk Puteri UMNO Malaysia setelah dua penggal dipegang oleh Johor - Datuk Azalina dan Datuk Noraini.Namun sekiranya Azlinda dan Ismalina menawarkan diri untuk jawatan yang sama mungkin peluang wakil WP untuk meduduki kerusi tersebut amat sukar sikit, kata seorang Ketua Puteri.

Sekiranya kita bercakap mengenai Puteri Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail lebih menonjol jika dibandingkan dengan Azlinda Rashad tetapi di peringkat akar umbi khususnya di Wilayah Persekutuan berpendapat kedua - dua mereka mempunyai peluang yang sama di Wilayah Persekutuan . Ada yang berpendapat Azlinda mempunyai sokongan yang lebih kuat di WP jika dibandingkan dengan Ismalina kerana Azlinda mempunyai hubungan yang lebih akrab dikalangan ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan dan Ismalina pula dikatakan tidak mempunyai hubungan yang intim dengan ahli - ahli puteri di WP.

Ismalina pula dikatakan mempunyai kekuatan di peringkat nasional sejak dulu lagi kerana begitu aktif dengan program - program Puterinya.Ismalina juga dikatakan lebih banyak membuat program untuk Puteri jika dibandingkan dengan Azlinda Rashad di Wilayah Persekutuan.Selaku Ketua Puteri Wangsa Maju, Ismalina juga telah dikatakan mencorakkan satu gaya kepimpinan yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

Namun sejak setahun yang lepas, prestasi Puteri WP dikatakan bertambah lesu dan ramai sudah mula menuding jari kepada pucuk pimpinan Azlinda Rashad yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong.Puteri WP juga dikecam kerana tidak aktif dan lantang berjuang selari dengan Badan Perghubungan UMNO WP dalam beberapa isu jika dibandingkan dengan Pergerakan Wanita UMNO WP.Di manakah silapnya ? Siapa yang bertangungjawab? Azlinda atau Ismalina ...sedangkan kedua - dua mereka adalah exco Puteri UMNO Malaysia.

Beberapa ahli - ahli puteri WP yang menghantar emel kepada Wilayahkini juga mahukan satu pendekatan ataupun sikap yang keterbukaan di peringkat atasan Puteri UMNO WP.Mereka juga mengakui bahawa Ismalina Ismail telah memberikan saru imej baru kepada Puteri WP tetapi mereka mahukan satu hubungan yang lebih akrab dapat dijalinkan diperingkat akar umbi.

Sehingga hari ini belum ada lagi kepastian daripada kedua - dua pemimpin tersebut mengenai hasrat mereka untuk bertanding Ketua Puteri Malaysia. Wilayahkini juga difahamkan hanya Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Shaniza Samsuddin yang telah mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia , itupun setelah beliau mendapat restu daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yacob.Bagaimana pula di WP? Adakah mereka telah menyampaikan hasrat mereka kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique? Mendapatkan restu bukan satu kemestian tetapi satu pendekatan yang lebih strategik, kata seorang ahli puteri Lembah Pantai kepada Wilayahkini.

Apabila bertanya mengenai peluang kedua - dua pemimpin , pemimpin Puteri dari Lembah Pantai itu yang enggan menyebut namanya berkata , kedua - dua mereka mempunyai peluang tetapi kita tidak mahu kedua - dua mereka bertanding jawatan yang sama.Pada pemilihan yang lepas, Azlinda Rashad mendapat pencalonan yang mencukupi untuk jawatan Naib Ketua Puteri dan mungkin kali ini beliau boleh bertanding jawatan Ketua Puteri dan Ismalina bertanding jawatan Naib Ketua Puteri, katanya.

Ada pula yang berpendapat Azlinda mempunyai personaliti yang glamour jika dibandingkan dengan Ismalina tetapi pada yang sama beberapa orang lain pula berpendapat pemimpin Puteri memang perlu imej yang glamour dan anggun tetapi yang penting ialah mereka perlu mempunyai track record yang terbaik dan bukanya kecantikan diri sahaja. Apa kurangnya Ismalina? Sejak bergelar Datin , imejnya juga lebih glamour sekarang, kata seorang lagi ahli puteri yang juga penyokong kuat Ismalina Ismail.
Apapun masanya sudah tiba untuk ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan untuk memilih kepimpinan yang lebih efektif dan efesyen.KITA ALU - ALUKAN KOMEN DAN EMEL !

Friday, May 23, 2008

DBKL KECOH ! TIMBALAN MENTERI WP DI SERGAH ! WEE CHOO KEONG DAN GOPALAKRISHNAN BERTINDAK BIADAB! ORANG RAMAI KECEWA GELAGAT PEMBANGKANG !

LAPORAN KHAS WARTAWAN WILAYAHKINI

Apa sudah jadi ? Inilah yang dapat digambarkan perwatakan segelintir ahli parlimen pembangkang termasuk Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) dan Gopalakrishnan ( Bagan Serai ) yang bertindak biadab dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan di hadapan pejabat DBKL di Jalan Raja Laut hari ini ketika demontrasi yang di anjurkan oleh Wee Choo Keong berhubung insiden roboh gerai di Desa Setapak, Wangsa Maju dua hari yang lepas.





Bangunan DBKL menjadi kecoh dan lebih teruk dari pasar apabila Wee Choo Keong dan Gopalakrishnan memperalatkan penjaja yang terbabit untuk kepentingan politik masing - masing.Wartawan Wilayahkini yang turut berada di lokasi terkejut melihat insiden tersebut.

Ketika para wartawan menunggu untuk membuat liputan demontrasi tersebut , atas sifat kemanusian semua wartawan berkumpul dihadapan pejabat DBKL seawal 10.30 pagi walaupun kami dimaklumkan majlis demo hanya akan bermula pada jam 11 pagi.Tetapi pada jam 10.30 pagi muncul sekumpulan masyarakat untuk menyampaikan memorundum kepada Pegawai Khas Datuk Bandar mengenai isu Kampung Abdullah Hukum.Ketika ditanya oleh wartawan wakil kumpulan tersebut memberitahu mereka juga mahu ambil kesempatan dalam demo yang dianjurkan oleh Wee Choo Keong.Wartawan yang membuat liputan terserentak seketika apabila mendengar jawapan tersebut.

Kira - kira jam 11 pagi , Wee Choo Keong tiba di perkarangan DBKL bersama dua buah bas sekolah yang membawa para penjaja yang terbabit.Sejurus turun dari bas mereka semua melaungkan slogan hidup Keadilan dan berteriak macam - macam sampai orang ramai yang datang berurusan di DBKL , terkejut dan marah dengan tindakan mereka.Mereka mula bertanya kepada para wartawan " apa sudah jadi? Kenapa mereka bertindak biadab macam begitu? Inikah watak ahli - ahli parlimen pembangkang ? Apa nak jadi dengan KL ? tanya mereka.

Keadaan memang menjadi tegang dan tidak terkawal.Pihak polis juga tidak ada di sana untuk kawal keadaan.Dimana perginya pegawai penguatkuasa DBKL? Adakah demo tersebut mendapt permit polis?
Ketika inilah, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan tiba di hadapan pejabat DBKL.Sejurus selepas Saravanan keluar dari keretanya, Ahli Parlimen luar dari KL , S.Gopalakrishan ( Bagan Serai ) sergah ( ambush) Timbalan Menteri WP dengan kasar.Ketika inilah, Sarawanan dilihat berkata " sekiranya macam inilah perangai anda macam mana kita nak uruskan Kuala Lumpur dengan tenteram dan aman?

Gopalakrishnan bertindak mengunakan ayat - ayat yang kasar dengan Saravanan.Apabila Saravanan balas balik " anda bukan ahli parlimen Wangsa Maju ...Gopalakrishnan terus sergah lagi dengan keras dan lantang berkata ..I am the law maker".

Kemudian Saravanan naik ke pejabat untuk menerima taklimat ringkas dan turun kebawah selepas beberapa minit dan mengajak semua Ahli Parlimen termasuk penjaja yang terlibat untuk mengadakan mesyuarat di tingkat 3.

Saravanan turut mengajak para wartawan untuk hadir bersama menyaksikan mesyuarat tersebut ..." Nothing to hide here ", katanya.

Ketika Saravanan memulakan rundingan keadaan menjadi lebih kecoh apabila, Wee Choo Keong, Gopalakrishann bertindak melulu , kurang ajar dan melulu dihadapan semua orang dengan kata - kata yang tidak hormat terhadap Saravanan, Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuf dan Pengarah Perancangan DBKL Haji Mahadi.
Ketika inilah, para penjaja yang gerai mereka kena roboh , bangun meminta maaf kerana beroperasi di tapak haram dan meminta kerjasama DBKL untuk mendapatkan tapak yang baru kepada mereka untuk menyara hidup.

Insiden menjadi besar apabila Wee Choo Keong dan Gopalakrishnan berkata macam - macam sehingga wartawan yang hadir menyaksikan insiden tersebut sangat kecewa dengan sikap dan perwatakan Wee Choo Keong dan Gopalakrishnan kerana mereka bertindak tidak bermoral dalam mesyuarat dan menjadikan mesyuarat macam kandang babi.
Akhirnya mesyuarat ditamatkan dengan keputusan satu lagi mesyuarat susulan akan diadakan selepas meneliti cadangan tapak pembangunan baru daripada para penjaja. Wartawan yang hadir geleng kepala dengan insiden tersebut .

APA YANG WILAYAH KINI INGIN TEGASKAN DI SINI IALAH :

1.Kenapa Ahli Parlimen Wangsa Maju tidak memberitahu DBKL mengenai demo tersebut kenapa beliau mencari pendekatan demo?

2.Memang wujud masalah komunikasi diantara pegawai atasan DBKL dan pegawai yang bertugas.Mereka perlu memastikan satu kaedah komunikasi yang betul dan dua hala.

3.Menteri WP kena tegas dalam isu gerai haram selepas ini dan buat penguatkuasaan secara menyeluruh di semua kawasan sekaligus selepas memberikan notis.

4.Pihak pembangkang mahukan tidakan diambil terhadap penjaja haram.Kenapa tunggu 3 atau 4 tahun? Bertindak segera berlandaskan undang - undang.

5.Pihak pembangkang menceroboh bangunan kerajaan dan bertindak biadab semasa mesyuarat.Inikah caranya? Kenapa DBKL tidak bertindak? Kenapa Menteri WP tidak ambil tindakan? Kerana insiden yang berlaku hari ini memang sesuatu yang perlu diberi perhatian.Adakah pihak pembangkang akan berdiam diri sekiranya pihak BN bertindak di negeri - negeri Pakatan Rakyat ataupun di pejabat mereka ?

6.Di mana pihak polis ?

7.Adakah laporan Polis akan dibuat terhadap Wee dan Gopalakrishan?

8.DBKL juga perlu bertindak mengikut undang - undang dan jangan ikut kemahuan sendiri dan jangan sesekali hukum pengundi kerana mereka mengundi pihak pembangkang pada PRU baru - baru ini.

9.Dimana kualiti Ahli - Ahli Parlimen? Di mana sikap hormat mereka?

10.Para wartawan amat kecewa dengan insiden hari ini dan berharap Kementerian WP dapat bertindak selepas ini sekiranya mahu menjadikan KL sebagai bandaraya kelas pertama.

AMAT MEMALUKAN - INSIDEN HARI INI......

Wednesday, May 21, 2008

BADAN BERTINDAK PEMUDA WP ?

WILAYAHKINI menerima emel daripada beberapa pengirim yang bernama PEMUDA SAYANG WP dimana mendedahkan ada beberapa usaha untuk menubuhkan Badan Bertindak Pemuda UMNO WP kerana ramai ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan telah mula hilang kepercayaan kepada barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang di ketuai oleh Datuk Norza Zakaria dan cara beliau mengendalikan Pemuda WP ketika ini.

Pergerakan Pemuda UMNO WP dikatakan tidak langsung mempedulikan suara - suara diperingkat akar umbi sampai tidak ada sebarang bentuk tindakan diambil selepas PRU baru- baru ini sehingga Pemuda WP hilang arah perjuangan.Mereka menyifatkan sekiranya pucuk pimpinan tertinggi Pemuda WP bertindak sedemikian ramai anak - anak muda di Kuala Lumpur akan menyertai Pakatan Rakyat kerana mereka sudah hilang kepercayaan.

Dalam emel itu, mereka juga mendesak , Ketua Pemuda WP, Datuk Norza Zakaria mengadakan satu mesyuarat khas bersama semua Ketua - Ketua Pemuda dan pucuk pimpinan tertinggi pemuda bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh Pemuda WP dengan segera.

Sekiranya Norza tidak berminat, pengirim emel itu berpendapat Datuk Norza perlu meletak jawatan dengan segera ataupun merayu Pemuda Malaysia masuk campur tangan untuk menyelamatkan maruah Pemuda WP.Dalam emel itu juga ada disebut mengenai rancangan penubuhan BADAN BERTINDAK PEMUDA WP sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.

Wilayahkini juga sebelum ini telah menyiarkan banyak berita - berita mengenai Pemuda WP dan juga komen - komen yang bernas yang diteriman daripada ahli - ahli Pemuda.Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana kita berpendapat ramai ahli - ahli pemuda mahu bergerak tetapi tiada landasan yang kukuh.
Mengenai penubuhan Badan Bertuindak Pemuda WP, Wilayahkini perlu mendapatkan
kepastian daripada pemimpin Pemuda WP.Harap mereka dapat mengesahkan mengenai berita tersebut kepada Wilayahkini melalui komen ataupun emel.
Apapun kita perlu bersyukur kerana anak - anak muda kita masih sayangkan parti dan UMNO.Kita perlu memberi tunjuk ajar dan panduan untuk mereka.Jangan kita terlepas tangan dengan begitu sahaja.


Wednesday, May 14, 2008

HARAP MAAF....,,, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan....! APA HAL PULAK DENGAN PU3 UMNO WP ?

HARAP MAAF, NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN, begitulah reaksi yang diterima oleh Wilayahkini ketika menelefon pejabat Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang terletak di No 82, Batu 3 1/4 Jalan Gombak Setapak Kuala Lumpur bagi mendapatkan beberapa penjelasan selepas Wilayahkini menerima 3 emel mengenai ataupun berkaitan dengan isu PU3 WP.


Kami ,seterusnya cuba mendapatkan kepastian daripada lawan web Puteri UMNO Malaysia, tetapi kami agak terkejut apabila alamat dan no telefon yang sama yang tertera di laman web tersebut sehingga hari ini sedangkan pejabat dialamat tersebut telah lama di tutup dan no telefon juga telah ditamatkan perkhidmatanya. SILA BACA DI SINI UNTUK KEPASTIAN .

Apa sudah jadi dengan P3 WP ? Adakah PU3 WP beroperasi tanpa pejabat ataupun sepertimana yang di dengar kereta - kereta puteri tertentu dijadikan pejabat bergerak? Wilayahkini terkejut apabila menerima berita tersebut kerana semua memang tahu P3 WP memang aktif di WP tetapi sejak setahun yang lepas pergerakan PU3 WP memang sudah lesu.Harap - harap jangan jadi macam Pergerakan Pemuda UMNO WP.Wilayahkini juga berharap isu pejabat, no tel dan sebagainya dapat diperbetulkan kepada kami sekiranya kami tersilap.

PU3 SIBOK DENGAN PEMILIHAN ?
Sepertimana kita sedia maklum, dibawah kepimpinan Azlinda Rashad sebagai Ketua Puteri WP dan Datin Ismalina sebagai Naib Ketua Puteri WP - banyak pendekatan telah dilakukan tetapi kita perlu menerima realiti dan hakikat bahawa - peranan yang dimainkan oleh Datin Ismalina yang juga Ketua Puteri Wangsa Maju telah menaikkan lagi imej Puteri WP mahupun di WP ataupun peringkat Kebangsaan.

Sebagai ahli ecxo Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Ismalina juga dilihat berupaya menonjolkan satu gaya dan kepimpinan yang perlu ada pada seseorang pemimpin puteri.Pada masa yang sama , ramai juga berpendapat Azlinda Rashad gagal menunjukkan satu contoh yang terabik berbanding dgn Ismalina.Aslinda juga dalam tempoh terakhir dalam Puteri dan selepas ini dia perlu meneruskan kariernya di peringkat Wanita.

Beberapa pemimpin puteri WP berpendapat, Ismalina perlu bertanding untuk merebut jawatan Ketua Puteri Malaysia kerana beliau mempunyai kelebihan yang tersendiri.Tetapi apakah pendirian Ismalina dalam hal ini? Kita tunggu dan lihat.

RAMAI PUTERI BERSARA ?
Wilayahkini juga turut dimaklumkan beberapa Ketua Puteri Bahagian di WP akan bersara dari Puteri kerana tamat usia dan mereka kini sedang merancang untuk mengintai peluang di peringkat pergerakan Wanita.Diantara yang mereka yang akan bersara kali ini ialah termasuk Ketua Puteri Setiawangsa Roziana Osman dan tempat beliau dikatakan akan digantikan oleh Naib Ketua Puteri sekarang Seriwani Sabtu .

Di Kepong juga akan ada kekosongan .Dengar - dengar di Titiwangsa dan Wangsa Maju juga akan ada beberapa kekosongan.Pemilihan puteri di peringkat bahagian diramalkan hampir pasti di semua bahagian akan ada pertandingan kali ini kerana ramai pula bermimpin nak bertanding untuk jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia.Di Seputeh, Azliza dikatakan akan hadapi tentangan? Ada pula yang meramalkan Azliza calon sesuai untuk dilantik sebagai Naib Ketua Puteri WP ? ataupun Seri Wani dari Setiawangsa.Beberapa puteri dari Lembah Pantai, Putrajaya dan Cheras juga dikatakan sedang mengintai jawatan Exco Puteri Malaysia dan juga jawatan Naib Ketua Puteri WP.

Bahagian- bahagian yang hangat pula ialah di Wangsa Maju, Segambut, Kepong, Lembah Pantai , Setiawangsa, Cheras dan Seputeh.
PUTERI WP LESU ?
Apapun baru - baru banyak tuduhan dilemparkan terhadap Puteri WP yang dikatakan lesu dan dan tidak aktif seperti dulu ? Wilayahkini perlu memastikan kebenaran tuduhan tersebut kerana Wilayahkini memang tahu bahawa Puteri WP memang aktif dengan pelbagai program sebelum ini tetapi sejak kebelakangan ini mereka senyap terus.

Sepertimana kata Pak Lah baru - baru ini di sambutan ulangtahun ke 62 di PWTC, Pemudan dan Puteri perlu memainkan lebih banyak peranan untuk mengerakkan jentera parti.Bagaimana dengan Puteri WP? Hantarkan pandangan dan komen - komen anda ke Wilayahkini serta emel kepada kami - oleh WILAYAHKINI