Wednesday, May 21, 2008

BADAN BERTINDAK PEMUDA WP ?

WILAYAHKINI menerima emel daripada beberapa pengirim yang bernama PEMUDA SAYANG WP dimana mendedahkan ada beberapa usaha untuk menubuhkan Badan Bertindak Pemuda UMNO WP kerana ramai ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan telah mula hilang kepercayaan kepada barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang di ketuai oleh Datuk Norza Zakaria dan cara beliau mengendalikan Pemuda WP ketika ini.

Pergerakan Pemuda UMNO WP dikatakan tidak langsung mempedulikan suara - suara diperingkat akar umbi sampai tidak ada sebarang bentuk tindakan diambil selepas PRU baru- baru ini sehingga Pemuda WP hilang arah perjuangan.Mereka menyifatkan sekiranya pucuk pimpinan tertinggi Pemuda WP bertindak sedemikian ramai anak - anak muda di Kuala Lumpur akan menyertai Pakatan Rakyat kerana mereka sudah hilang kepercayaan.

Dalam emel itu, mereka juga mendesak , Ketua Pemuda WP, Datuk Norza Zakaria mengadakan satu mesyuarat khas bersama semua Ketua - Ketua Pemuda dan pucuk pimpinan tertinggi pemuda bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh Pemuda WP dengan segera.

Sekiranya Norza tidak berminat, pengirim emel itu berpendapat Datuk Norza perlu meletak jawatan dengan segera ataupun merayu Pemuda Malaysia masuk campur tangan untuk menyelamatkan maruah Pemuda WP.Dalam emel itu juga ada disebut mengenai rancangan penubuhan BADAN BERTINDAK PEMUDA WP sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.

Wilayahkini juga sebelum ini telah menyiarkan banyak berita - berita mengenai Pemuda WP dan juga komen - komen yang bernas yang diteriman daripada ahli - ahli Pemuda.Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana kita berpendapat ramai ahli - ahli pemuda mahu bergerak tetapi tiada landasan yang kukuh.
Mengenai penubuhan Badan Bertuindak Pemuda WP, Wilayahkini perlu mendapatkan
kepastian daripada pemimpin Pemuda WP.Harap mereka dapat mengesahkan mengenai berita tersebut kepada Wilayahkini melalui komen ataupun emel.
Apapun kita perlu bersyukur kerana anak - anak muda kita masih sayangkan parti dan UMNO.Kita perlu memberi tunjuk ajar dan panduan untuk mereka.Jangan kita terlepas tangan dengan begitu sahaja.