Tuesday, May 27, 2008

PUTERI WP - SIAPA LEBIH GLAMOUR DI WP ? AZLINDA ATAU ISMALINA ? KEDUA - DUA BERTANDING JAWATAN KETUA PUTERI MALAYSIA?

oleh : Wartawan Wilayahkini


KUALA LUMPUR-- Perkembangan semasa Puteri UMNO WP ( Pu3 WP ) semakin menarik menjelang pemilihan cawangan , bahagian dan peringkat nasional dimana Ketua Puteri UMNO WP Azlinda Rashad dan Naib Ketua Puteri UMNO WP Datin Ismalina Ismail dijangka akan menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia yang bakal dikosongkan oleh Datuk Noraini.
Cakap - cakap sudah mula kedengaran dimana kedua - dua teraju utama Puteri UMNO WP berminat untuk menawarkan diri walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada kedua - dua mereka setakat ini.Namun, di WP sudah hangat diperkatakan dikalangan ahli -ahli Puteri bahawa Azlinda dan Isamalina berminat untuk bertanding.
Memang pelik tetapi benar.Inilah situasi yang terkini mengenai Puteri WP selepas WILAYAHINI memaparkan berita mengenai talian telefon di potong dan ketiadaan pejabat. SILA BACA DI SINI
Ramai berpendapat sudah tiba masanya bagi calon dari WP untuk memegang tampuk Puteri UMNO Malaysia setelah dua penggal dipegang oleh Johor - Datuk Azalina dan Datuk Noraini.Namun sekiranya Azlinda dan Ismalina menawarkan diri untuk jawatan yang sama mungkin peluang wakil WP untuk meduduki kerusi tersebut amat sukar sikit, kata seorang Ketua Puteri.

Sekiranya kita bercakap mengenai Puteri Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail lebih menonjol jika dibandingkan dengan Azlinda Rashad tetapi di peringkat akar umbi khususnya di Wilayah Persekutuan berpendapat kedua - dua mereka mempunyai peluang yang sama di Wilayah Persekutuan . Ada yang berpendapat Azlinda mempunyai sokongan yang lebih kuat di WP jika dibandingkan dengan Ismalina kerana Azlinda mempunyai hubungan yang lebih akrab dikalangan ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan dan Ismalina pula dikatakan tidak mempunyai hubungan yang intim dengan ahli - ahli puteri di WP.

Ismalina pula dikatakan mempunyai kekuatan di peringkat nasional sejak dulu lagi kerana begitu aktif dengan program - program Puterinya.Ismalina juga dikatakan lebih banyak membuat program untuk Puteri jika dibandingkan dengan Azlinda Rashad di Wilayah Persekutuan.Selaku Ketua Puteri Wangsa Maju, Ismalina juga telah dikatakan mencorakkan satu gaya kepimpinan yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

Namun sejak setahun yang lepas, prestasi Puteri WP dikatakan bertambah lesu dan ramai sudah mula menuding jari kepada pucuk pimpinan Azlinda Rashad yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong.Puteri WP juga dikecam kerana tidak aktif dan lantang berjuang selari dengan Badan Perghubungan UMNO WP dalam beberapa isu jika dibandingkan dengan Pergerakan Wanita UMNO WP.Di manakah silapnya ? Siapa yang bertangungjawab? Azlinda atau Ismalina ...sedangkan kedua - dua mereka adalah exco Puteri UMNO Malaysia.

Beberapa ahli - ahli puteri WP yang menghantar emel kepada Wilayahkini juga mahukan satu pendekatan ataupun sikap yang keterbukaan di peringkat atasan Puteri UMNO WP.Mereka juga mengakui bahawa Ismalina Ismail telah memberikan saru imej baru kepada Puteri WP tetapi mereka mahukan satu hubungan yang lebih akrab dapat dijalinkan diperingkat akar umbi.

Sehingga hari ini belum ada lagi kepastian daripada kedua - dua pemimpin tersebut mengenai hasrat mereka untuk bertanding Ketua Puteri Malaysia. Wilayahkini juga difahamkan hanya Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Shaniza Samsuddin yang telah mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia , itupun setelah beliau mendapat restu daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yacob.Bagaimana pula di WP? Adakah mereka telah menyampaikan hasrat mereka kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique? Mendapatkan restu bukan satu kemestian tetapi satu pendekatan yang lebih strategik, kata seorang ahli puteri Lembah Pantai kepada Wilayahkini.

Apabila bertanya mengenai peluang kedua - dua pemimpin , pemimpin Puteri dari Lembah Pantai itu yang enggan menyebut namanya berkata , kedua - dua mereka mempunyai peluang tetapi kita tidak mahu kedua - dua mereka bertanding jawatan yang sama.Pada pemilihan yang lepas, Azlinda Rashad mendapat pencalonan yang mencukupi untuk jawatan Naib Ketua Puteri dan mungkin kali ini beliau boleh bertanding jawatan Ketua Puteri dan Ismalina bertanding jawatan Naib Ketua Puteri, katanya.

Ada pula yang berpendapat Azlinda mempunyai personaliti yang glamour jika dibandingkan dengan Ismalina tetapi pada yang sama beberapa orang lain pula berpendapat pemimpin Puteri memang perlu imej yang glamour dan anggun tetapi yang penting ialah mereka perlu mempunyai track record yang terbaik dan bukanya kecantikan diri sahaja. Apa kurangnya Ismalina? Sejak bergelar Datin , imejnya juga lebih glamour sekarang, kata seorang lagi ahli puteri yang juga penyokong kuat Ismalina Ismail.
Apapun masanya sudah tiba untuk ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan untuk memilih kepimpinan yang lebih efektif dan efesyen.KITA ALU - ALUKAN KOMEN DAN EMEL !