Monday, June 9, 2008

PUTERI UMNO WP : SIAPA LEBIH LAYAK DAN BERANI ? UMUMUKAN SEGERA !

Masanya sudah tiba bagi Puteri UMNO Wilayah Persekutuan memikirkan satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk menaikkan semula imej Puteri Wilayah Persekutuan.Ramai ahli - ahli Puteri di Kuala Lumpur masih tertanya- tanya apakah sudah terjadi dengan Puteri UMNO WP? tiada pejabat? tiada talian telefon dan tiada satu program jangka panjang yang sistematik dan efesyen. Sekiranya trend seperti ini berulang sudah tentu nasib Puteri WP akan kian malap dan kian menderita.Wilayahkini juga telah memaparkan beberapa berita mengenai Puteri Wilayah Persekutuan untuk dihayati bersama.Kami sangat terkejut apabila Wilayahkini menerima banyak respons daripada ahli- ahli Puteri dari Wilayah Persekutuan berbentuk emel dan komen- komen yang bernas dan kami juga terpaksa meminta maaf kerana kami terpaksa memantau beberapa komen yang yang berbentuk lucah demi kebaikan bersama.
Wilayahkini juga tidak menafikan bahawa sekiranya dibandingkan dengan Ketua Puteri WP Azlinda Rashad, Naib Ketua Puteri WP, Datin Ismalina Ismail memang mempunyai kelebihan, kekuatan dan kredibilitinya yang tersendiri sehingga telah menyuntik satu semangat baru kepada Puteri WP dan Puteri Wangsa Maju yang diterajuinya.Ismalina memang amat sesuai bertanding untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia jika dibandingkan dengan calon - calon yang lain tetapi adakah Ismalina sudah bersedia untuk menempuh segala cabaran tersebut? Adakah Ismalina hanya mahu menghangatkan suasana atau Ismalina belum bersedia atau tidak berani? Sepertimana yang kami utarakan sebelum ini langkah dan pendekatan yang diambil oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shahaniza Samsudin sebelum mengumumkan niatnya untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Kebangsaan - memang satu strategi yang cukup baik.Kini ahli - ahli Puteri WP kena bangkit dan jangan hanya harapkan pemimpin mereka untuk bersuara.Ahli - ahli Puteri di WP perlu berani menamakan calon keutamaan mereka melalui kuasa yang mereka ada di peringkat bahagian.Ayuh, marilah kita sama- sama memilih sama ada Ismaliana atau Azlinda?Beranikanlah diri anda sekiranya mahu melihat satu pemimpin Puteri yang kuat di WP demi masa depan Puteri WP .Kita mahukan satu kepastian bukanya satu andaian semata- mata.Sekiranya Azlinda Rashad berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan parti yang lepas , kenapa tidak kali ini untuk jawatan yang lebih tinggi ?Anda perlu ingat ramai ahli - ahli Puteri mahukan satu kepastian. Bola dikaki anda...