Wednesday, June 25, 2008

PENDEKATAN PEMBAHARUAN ALA REFORMASI - KUATKAN KEPIMPINAN ABDULLAH BADAWI !

Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai bagaikan kucar kacir dan kurang stabil apabila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada pilhanraya umum baru - baru ini yang dilihat sebagai tsunami politik BN namun dengan berbekalkan semangat BN masih berkuasa- setiap langkah beraninya kerana benar " PEMBAHARUAN ALA REFORMASI "telah meletakkan imejnya sebagai seorang pemimpin yang merakyatkan negara melalui konsep dan pendekatan reformasinya.

Pendekatan ala reformasi yang digenggam oleh Pak Lah telah mencerminkan dirinya sebagai pemimpin yang berkarisma tinggi, dihormati dan di teladani khususnya gaya kepimpinanya selepas PRU baru - baru ini kerana cabaran di medan arus politik negara begitu panas sehingga saban hari beliau terpaksa melintasi liku - liku perjalanan politik yang begitu tajam dengan serangan bertubi - tubi dari Pakatan Rakyat yang menguasai lima buah negeri dan yang lebih menyakitkan beliau terpaksa juga mengharungi kritikan yang pedas dari sekutunya yang sendiri iaitu daripada UMNO dan parti - parti komponen BN yang lain.

Serangan ini tidak berhenti begitu sahaja malah,satu lagi tekanan yang terpaksa dilaluinya ialah serangan yang tidak terkawal lagi dari bekas bosnya Tun Dr .Mahathir Mohamad sebelum dan selepas pilihanraya.Namun sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 30hb Oktober 2003 sehingga sekarang Pak Lah tidak sama sekali pernag menguris hati Tun Dr.Mahathir Mohamad dengan mengeluarkan kenyataan balas yang tajam ataupun yang berat.Pegangan kuat Abdullah Ahmad Badawi menghormati Tun Mahathir sepanjhang sebagai seorang negawaran ulung negara perlu dijadikan contoh dan teladan oleh pemimpin lain.

Pendekatan pembaharuan ala reformasi yang ditekankan oleh Abdullah Ahmad Badawi bukan satu formula yang baru malah beliau telah mengamalkanya ketika dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 apabila beliau menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM bagi mereformasikan pasukan PDRM demi masa depan negara dan konsep pendekatan Islam Hadhari yang diumukannya ketika perhimpunan Agung UMNO 2004.

Konsep pembaharuan ala reformasi ini boleh diklasifikasikan sebagai " dasar keterbukaan "dalam erti kata yang lain.Malah setelah mendapat mandat yang kuat pada pilihanraya 2004, Pak Lah telah memalu gendang merakyatkan pendekatan reformasi dengan melancarkan Pelan Integriti Nasional atau lebih lebih dikenali sebagai PIN bagi membenteras gejala penyelewengan dan rasuah. Malah beliau sering kali mengingatkan peranan " PIN" kepada para pemimpin dan rakyat jelata dari masa ke semasa.

Dasar keterbukaan Pak Lah juga kelihatan begitu drastik di Parlimen apabila Ahli - ahli Parlimen dan Kementerian serta agensi kerajaan diberi ruang kebebasan yang luas untuk bersuara sehingga ada beberapa pihak yang tidak setuju dengan pendekatan tersebut.Apabila dasar keterbukaan untuk bersuara diamalkan banyak perkara dapat dikengahkan tanpa sebarang sekatan.Justeru itu, ramai pihak bagaikan dikejutkan dengan dasar keterbukaan ala reformasi tersebut kerana tiada apa - apa yang perlu dirahsiakan.Rakyat juga merasakan sesuatu sentuhan yang baru dengan pendekatan tersebut kerana selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahahthir dasar keterbukaan memang jarang ditonjolkan dan rakyat di jinakkan dengan cara Mahathirsme sahaja.

MERAKYATKAN REFORMASI

Dasar keterbukaan Pak Lah turut menyedarkan rakyat befikir mengenai sesuatu isu apabila ianya dibentangkan dan dibahaskan.Malah dibawah kepimpinan Pak Lah sebelum inipun , beliau menerima kritikan dengan hati yang terbuka walaupun umum mengetahui sejak Pak Lah menjadi Perdana Menteri - dua tahun yang pertama , pemerhatianya lebih tertumpu kepada kepimpinan yang lepas ( damage control ) termasuk barisan kabinetnya juga dibarisi daripada kepimpinan yang lepas.Beliau bagaikan seorang Pengurus Pasukan yang hanya merangka dan merancang strategi untuk mempertahankan pasukanya daripada tersungkur.Adakah dasar keterbukaan ( Openess ) Pak Lah yang terlalu terbuka satu kesalahan dari segi taktikal atau rakyat sudah dapat membaca beberapa kelemahan kerajaan dan pemimpin kerajaan daripada sistem dasar keterbukaan Abdullah Ahmad Badawi? Apapun, nama Abdullah Ahmad Badawi akan tercacat dalam sejaraj politik negara apabila menjadi Perdana Menteri pertama yang mengamalkan konsep pendekatan merakyatkan reformasi.

Ketika Abdullah Ahmad Badawi merencanakan sepuluh prinsip Islam Hadhari termasuk menghormati pegangan amalan kaum - kaum lain di Malaysia, sebuah majalah terkemuka di dunia Nesweek dalam muka depanya memaparkan gambar Pak Lah dengan bertajuk " Modern Muslim - Malaysia Prime Minister is leading the push for a more moderate Islam ". Ini jelas menujukkan komitmen Abdullah untuk memberikan satu imej baru kepada agama islam di prasada antarabangsa sebagai Presiden OIC mendapat pengiktirafan dari negara dunia.Ini satu lagi kejayaan kepada kepimpinan Abdullah dalam usahanya untuk menjayakan gerakan reformasinya.

POLITIK ALA REFORMASI

Pegagangan kuat Abdullah dalam melaksanakan pendekatan reformasi turut dilaksanakanya dalam politik UMNO sejak pada tahun 2004 , khususnya selepas pemilihan agung UMNO apabila nama baik UMNO hampir dicemari dengan gejala politik wang yang keterlaluan pada pemilihan parti tahun 2004.Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan seterusnya memberi mandat yang sepenuhnya kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk menangani masalah politik wang hingga ke lubang cacing.Apabila Lembaga Disipilin UMNO mula memanggil beberapa pemimpin utama UMNO untuk siasatan Pak Lah menerima kritikan hebat mengenai justifikasi siasatan namun beliau tidak tunduk kepada sebarang desakan - tumpuanya ialah menghapuskan gejala politik wang dan matlamatnya hanya satu - yang bersalah perlu dihukum.Lantaran episod tersebut, beberapa pemimpin bahagian digantung dan ada yang diberikan amaran lisan.Penggantungan Tan Sri Isa Samad juga menjadi satu turning point dalam sejarah UMNO kerana kemenanganya di batalkan setelah disabit dengan politik wang sehingga Isa kehilangan jawatan Menteri WP dan Naib Presiden UMNO.

Komitmen Pak Lah membendung elemen politik wang dan pendekatan ala reformasi politik yang diambilnya mungkin menyakitkan hati beberapa pihak ketika itu negara memang susah untuk menelan kebenaran dari aspek realiti apatah lagi apabila terpaksa kehilangan jawatan besar kerana politik wang. Setelah tiga tahun, penggantungan Tan Sri Isa ditamatkan semalam dan beliau mempunyai harapan baru untuk bergerak dalam UMNO dengan imej baru.Malah beberapa lagi Ketua Bahagian juga telah dibebaskan daripada penggantungan keahlian.Ianya jelas menunjukkan kepimpinan Pak Lah dalam UMNO tidak menafikan hak demokrasi untuk bertanding semula tetapi cuma menekankan risiko mengenai politik wang.

Sebagai Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi juga banyak mengamalkan konsep reformasi dalam UMNO khususnya semasa perhimpunan agung UMNO dan juga masa - masa yang lain.Ahli - ahli diberikan platform dan ruang yang bebas untuk menyuarakan pandangan masing - masing dan ada kala perbuatan segelintir pemimpin UMNO boleh mencetuskan konterversi tetapi sekali lagi Pak Lah yang menjadi penyelamatnya khususnya dalam isu yang membabitkan keris,siaran langsung sepenuhnya perhimpunan agung UMNO pada tahun 2006- umum mengetahui implikasinya.

Apakah jasa kita sebagai pemimpin UMNO atau ahli UMNO atau balasan kita kepada Abdullah Ahmad Badawi ? Satu persoalan yang cukup menarik untuk dibahaskan.Sungguh menyedihkan sama sekali kerana beberapa pemimpin UMNO dengan lantang menyuarakan supapa Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran kekalahan teruk BN dan UMNO pada Pilihanraya umum baru - baru ini. Malah paling memeranjatkan pemimpin seperti Ketua UMNO Bahagian Cheras Senator Syed Ali Al Habshee memanjat satu lagi tangga dengan menyuarakan kritikan yang pedas di media antarabangsa terhadap kepimpinan Pak Lah ekoran daripada kekalahan BN dan meminta beliau berundur.

Inikah dikatakan semangat UMNO atau nilai kemelayuan yang asli? Ianya ibarat tikam dari belakang.Mereka lupa untuk mengyahati nilai kesabaran dan keikhlasan.Ketika UMNO dan BN dalam keadaan yang kuat dan kukuh semua memuji kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tetapi apabila BN dan UMNO tersungkur mereka bagaikan harimau kelaparan dan menyerang kepimpinan negara bertali arus. Kita perlu ingat semua pemimpin UMNO mempunyai tanggugjawab dan peranan masing - masing sekiranya mereka mahu diri mereka di istilahkan sebagai pemimpin UMNO. Jangan kita cepat melatah dan cepat lupa.Kuatkan iltizam dan semangat kekitaan ketika UMNO ketika susah dan senang.

Sebagai contoh, sebagai Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali yang lantang mengkritik Pak Lah tetapi apakah jasa Syed Ali kepada UMNO dan BN di kawasan Cheras ketika waktu pilihanraya.Memang BN tidak pernah menang di Cheras tetapi sungguh memeranjatkan apabila mendengar berita bahawa Syed Ali bukan pengundi di Parlimen Cheras tetapi mendaftar di Parlimen Titiwangsa.Di mana tanggungjawab kita sebagai pemimpin dikawasan? Hanya mahu bergelar atau mencantikkan diri sebagai Ketua Bahagian untuk syok sendiri? Kita pun tidak tahu sekurang - kurangnya pemimpin seperti Syed Ali ada mengundi ataupun tidak ?Memang senang untuk bercakap besar tetapi apabila tiba agenda tanggugjawab, setiap pemimpin UMNO perlu menilai semula tanggungjawab mereka yang basic diperingkat akar umbi.

Sekali lagi Pak Lah sebagai Presiden UMNO bersikap terbuka dan membiarkan semua pemimpin UMNO dari peringkat kebangsaan hingga ke cawangan untuk bersuara dan memberi pandangan.Sifat beliau yang mencorakkan reformasi politik bersuara dalam UMNO tanpa sebarang dendam dan tindakan telah memberi suntikan semangat kepada Pak Lah untuk menjadikanya lebih kuat lagi dalam UMNO.Beliau tidak menghalang mana - mana pihak dalam UMNO untuk bersuara malah beliau mendengar kritikan mereka dengan hati yang terbuka dan selepas lebih 100 hari selepas PRU , pendekatan pembaharuan politiknya dalam UMNO telah menjadikanya sebagai seorang pemimpin UMNO yang tersohor.

RETREAT UMNO - BUKTI KETERBUKAAN PAK LAH

Yang paling terkini ialah penganjuran Retreat UMNO selama dua hari melibatkan kepimpinan tertinggi parti juga telah mencacat satu lagi sejarah dalam UMNO dimana pada retreat tersebut semua pemimpin tertinggi UMNO diberi peluang untuk menyuarakan isi hati mereka dengan terbuka tanpa sebarang halangan dan sekatan.Penganjuran retreat tersebut menunjukkan satu lagi usaha Pak Lah untuk memartabatkan kembali UMNO melalui formula pembaharuan yang terbuka.

Apabila kita mengupas atau membicarakan mengenai politik UMNO , tidak sesiapa pun boleh mencabar , menderhaka ataupun berpaling tadah kepada UMNO kerana insiden 1987 dan insiden 1998 - pemecatan Anwar Ibrahim contoh yang terbaik untuk dikaitkan.Kedua - dua insiden tersebut juga disebabkan oleh pemimpin UMNO dan bukanya anasir dari luar.Justeru itu, kekuatan dan kelemahan UMNO berada digenggaman setiap ahli - ahli UMNO dinegara ini.Kelunturan semangat UMNO boleh menjatuhkan kepimpinan negara dan kita jangan lupa BN dapat berkuasa kembali walaupun diserang tsunami - adalah juga kerana UMNO.UMNO boleh di ibaratkan dulu kini dan selamanya.

REFORMASI MEDIA - MASSA

Dasar terbukaan Pak Lah juga telah membolehkan media massa yang menyiarkan berita - berita tanpa sebarang sekatan.Malah kebenaran kerajaan membenarkan Harakah diterbitkan dua minggu sekali dan juga membenarkan penerbitan Suara Keadilan mencerminkan satu lagi pendekatan reformasi media dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia.Malah peranan Media alaf baru ( New Media ) iaitu melibatkan blog dan sebagainya kian di iktiraf oleh pihak kerajaan.Mereka juga diberikan ruang dan spesifikasi yang mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka.

REFORMASI BPR AKHIRNYA JADI KENYAATAAN

Selain itu pendekatan reformasi Pak Lah untuk sistem kehakiman negara serta reformasi untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah untuk sebagai satu badan bebas juga telah menjadikanya sebagai seorang pemimpin yang berani dan benar demi rakyat Malaysia.Malah suara- suara untuk meletakkan BRP sebagai sebuah badan yang bebas telah mula disuarakan oleh Allahyarham bekas Menteri Dalam Negeri Ismail Abdul Rahman pada 14hb April , 1967.Akhirnya impian tersebut juga dapat menjadi realiti dengan usaha dan komitmen Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

Kita perlu ingat , Abdullah Ahmad Badawi meneruskan segala wawasan dan ilham Tun Mahathir termasuk wawasan 2020 tetapi cuma pendekatanya berbeza dan lebih memfokuskan formula ala pembaharun reformasi demi rakyat untuk rakyat.Sepertimana ungkapan Pak Lah - berkerja bersama saya dan bukan untuk saya amat sesuai sekali untuk perancanganya mewjudukan satu alaf baru iaitu - reformasi untuk semua.