Friday, July 11, 2008

POLITIK UMNO LEMBAH PANTAI : PERCATURAN ANTARA YUSRI DAN RAJA NONG CHIK ?

OLEH : Wartawan Wilayahkini
Memang sudah tidak dapat dinafikan sama sekali bahawa UMNO Lembah Pantai kini berada dalam keadaan yang amat kritikal selepas insiden " Tsunami PRU ke 12 " di Parlimen Lembah Pantai . pada masa yang samaPemangku Ketua UMNO Lembah Pantai Yusri Ahmad telah merancang pelbagai strategi untuk menaikkan imejnya sebagai Ketua daripada Pemangku Ketua .
Sepertimana yang kita sedia maklum, Yusri dilantik sebagai Pemangku Ketua Bahagian Lembah Pantai selepas Ketua Bahagian tersebut Datuk Shahrir yang juga merupakan adik kepada ratu bollywood kita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikenakan tindakan penggantungan ekoran daripada kes politik wang.
Kini, kedudukan Datuk Shahrir masih samar - samar , sama ada adakah beliau terlepas daripada penggantungnya atau tidak? Penyokong - penyokong Shahrir mahukan beliau kembali aktif dalam politik sepertimana Datuk Astaman dan mereka mahukan Shahrir bertanding semula jawatan Ketua Bahagian. Sumber - sumber juga memberitahu, kedudukan Shahrir - walaupun masih samar - samar tetapi rata - rata ahli - ahli UMNO di Lembah Pantai sudah meramalkan bahawa Datuk Shahrir sudah tidak berminat dengan politik lagi.
Kekalahan orang kuat BN dan UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada PRU ke 12 yang lepas telah meletakkan UMNO Lembah Pantai dalam satu " Dilemma " yang besar.
Pemerhati politik juga berpendapat walaupun Yusri Ahmad dijangka akan bertanding jawatan Ketua Bahagian , ramai merasakan penampilan semua mantan Ketua UMNO Lembah Pantai Dato Raja Nong Chik dijangka akan memberi atau boleh berupaya memberikan satu nafas dan suntikan semangat baru kepada UMNO Lembah Pantai yang kini dikatakan berada dalam keadaan yang amat " kritikal" selepas PRU ke 12.
Yusri juga tidak hadir ke majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama semua ketua - ketua cawangan UMNO WP di PWTC rabu lepas.
Walaupun Shahrizat bukan ahli UMNO Lembah Pantai dan selaku bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai , Shahrizat dikatakan menyokong kepimpinan Yusri berbanding dengan Raja Nong Chik.Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Kepong dan WP dikatakan sedang merencanakan satu strategi besar untuk kembali aktif dalam politik di Lembah Pantai.Jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia dijangka menjadi idaman dan pertaruhanya untuk mengembalikan semula imejnya.
UMNO Lembah Pantai memang mempunyai sejarahnya tersendiri.Datuk Kamal Hussein,Datuk Raja Nong Chik , Datuk Shahrir merupakan diantara nama - nama yang pernah menjadi Ketua Bahagian di Lembah Pantai.Kini bola dikaki Yusri Ahmad selaku Pemangku Ketua Bahagian untuk berjuang meneruskan karier politiknya di Lembah Pantai.Apakah Yusri akan berjaya merentasi halangan tersebut ? Wilayahkini turut difahamkan seorang lagi nama yang turut mengintai jawatan Ketua Bahagian ialah- Haji Zahran - seorang Ahli UMNO di Lembah Pantai.

Monday, June 30, 2008

TERKINI :PEMENTASAN TEATER WAYANG KULIT UMNO TITIWANGSA DI HOTEL CORUS - PENGARAH, PENERBIT , LAKAN LAYAR- DATUK SERI SULEIMAN MOHAMAD !

Kemelut politik UMNO Bahagian Titiwangsa yang mencapai paras 180 sudut darjah dua minggu lepas ekoran daripada majlis taklimat Tengku Razali Hamzah dan Datuk Mukhriz Mahathir dikatakan mempunyai agenda tersurat dan tersirat - Ketua UMNO Bahagianya sendiri Datuk Seri Suleiman Mohamad -bertukar mencapai paras 360 sudut darjah berikutan perkembangan terkini di " Teater Hotel Corus " sabtu lepas.



Walaupun Suleiman tidak menghadiri kedua - dua mesyuarat tersebut , tetapi Suleiman dikatakan orang yang disebalik tabir yang merancanganya dan juga menganjurkanya dan anakya Idham Yasser ( Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa ) pula menjadi kabel kuat untuk majlis taklimat Mukhriz.Beberapa ahli - ahli UMNO Titiwangsa turut menyatakan rasa kekecewaan kerana surat undangan untuk majlis Ku Li dikeluarkan sendiri oleh pejabat UMNO Titiwangsa dan ditandatangani oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Apa sudah jadi ? Adakah UMNO Titiwangsa merestui Ku Li bertanding menentang Pak Lah atau satu lagi agenda Suleiman Mohamad untuk memperkukuhkan dirinya untuk sepenggal lagi sebagai Ketua Bahagian? Inilah persoalan - persoalan yang menjadi tajuk utama dikalangan ahli - ahli UMNO di Titiawangsa sejak kebelakangan ini.

Malah pendedahan Wilayahkini ( SILA KLIK DISINI ) mengenai kedua - dua program tersebut juga menjadi bahan bualan dikalangan ahli - ahli di Titiwangsa sehingga Wilayahkini turut menerima banyak komen dan emel, tetapi kami terpaksa memantau beberapa komen kerana terlalu bersifat peribadi.Wilayahkini amat mengalu - alukan sebarang komen tetapi kami sangat berharap, semua komen ataupun emel yang dihantar mempunyai mesej yang membina untuk kita semua khususnya untuk mengembalikan satu sinar baru kepada UMNO Titiwangsa - yang menjadi satu bahagian yang mempunyai nilai kemelayuan yang tersendiri di Malaysia.Kebangkitan suara melayu di Kelab Sultan Sultan Ismail, keagungan perkampungan melayu - Kampung Baru, Masjed Jamek Kampung Baru merupakan identiti melayu yang paling mahal di Malaysia - yang sentiasa menjadi perhatian .

Kekalahan UMNO kepada Pas di Parlimen Titiwangsa bukan sahaja telah memberi tamparan hebat kepada UMNO Titiwangsa malah juga kepada UMNO Wilayah Persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan juga kepada UMNO pusat.

Selepas program ala rashia " Ku Li dan Mukhriz" Wilayahkini pada minggu lepas menerima satu lagi mesej melalui emel dan komen kononya satu lagi majlis akan diadakan Sabtu lepas ( 28 Jun ) Jam 2ptg di Hotel Corus , Jalan Ampang - diatas nama perjumpaan Kelab Veteran UMNO Titiwangsa.

TEATER POLITIK DI HOTEL CORUS ?-Wilayahkini difahamkan walaupun majlis tersebut dianjurakan atas nama Kelab Veteran UMNO Titiwangsa , jemputan untuk majlis tersebut dihantar kepada kesemua 87 Ketua - Ketua Cawangan di UMNO Titiwangsa.Wilayahkini turut menerima berita bahawa, ada dikalangan Ketua - Ketua Cawangan mendapat jemputan pada hujung malam sehari sebelum majlis tersebut. Walaupun nama Kelab Veteran menjadi sasaran , tetapi agenda utama yang tersirat dan tersurat disebalik majlis tersebut yang dirancangkan oleh Suleiman Mohamad ialah meluluskan resolusi melalui pendekatan tandatangan daripada kesemua ketua - ketua cawangan yang hadir - SUPAYA JAWATAN KETUA , TIMBALAN DAN NAIB BAHAGIAN TIDAK DIPERTANDINGKAN PADA PEMILIHAN BAHAGIAN KALI INI !

Namun agenda Suleiman Mohamad dikatakan tidak berhasil dan mencapai jalan buntu kerana tidak kesemua ketua - ketua cawangan yang hadir untuk menandatangani " Deklarasi Menyelamatkan Karier Politik Suleiman " tersebut.

MASA DEPAN JOHARI GHANI
Majlis tersebut dikatakan sepenuhnya ditaja oleh Timbalan Ketua UMNO Titiwangsa Datuk Johari Ghani atau lebih dikenali sebagai " Jo KFC ". Kenapa Datuk Jo ? Ada yang katakan - penampilan Jo bagi merapatkan serta memperkukuhkan lagi hubungan Suleiman dengan Johari Ghani mejelang pemilihan bahagian? Penyokong juga Johari Ghani pula sudah mula muak dengan perkembangan di Titiwangsa kerana - bagi mereka Johari Ghani masih tidak mempunyai sebarang harapan dan juga cahaya sinar politik untuk maju ke depan.

SIAPA NAK LAWAN SIAPA ? PANDORA BOX DI BUKA ?
Ketika mensyarat cawangan akan bermula dalam tempoh dua minggu lagi, suasana politik di Titiwangsa menjadi hangat dimana AJK Bahagian dan juga calon BN Parlimen Titiwangsa yang kalah pada PRU baru - baru ini, Datuk Aziz Jamaluddin dikatakan berhasrat untuk menentang Suleiman Mohamad? Dikatakan Aziz Jamaluddin akan mengumukan hasratnya dalam tempoh masa yang terdekat ini.Pemerhati politik juga berpendapat penampilan Aziz untuk jawatan Ketua Bahagian merupakan satu langkah yang berani kerana benar- platform untuknya meluahkan apa yang terpahat di sisi hatinya kepada ahli - ahli UMNO Titiwangsa.Insiden kekalahan Aziz kepada calon Pas, Lolo Ghazali masih menghantui Aziz.Walaupun banyak spekulasi dan gossip dikaitkan mengenai kekalahan Aziz di Titiwangsa namun beliau sendiri megetahuinya dengan lebih mendalam.Apakah Aziz Jamaluddin sedia membuka " Pandora Box UMNO Titiwangsa " ? Untuk rekod, Aziz mendapat undi yang tertinggi untuk jawatan G7 pada tahun lepas dan Aziz merupakan anak watan Kg Baru.

Ada yang melihat Suleiman Mohamad perlu memberi peluang kepada muka baru ataupun kepada Johari Ghani - setidak tidaknya merangka pelan peralihan yang sistematik di Titiwangsa.


Bagi Jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula Jo Ghani dijangka ditentang oleh Datuk Rosman Ridzuan - AJK Bahagian, bekas Bendahari dan bekas Ketua Pemuda Bahagian Titiwangsa.Pada pemilihan tahun 2004 , Rosman tewas dengan Jo Ghani untuk jawatan yang sama.Adakah episod sama berulang kembali ?Ada pihak pula mahukan Johari Ghani bertanding Ketua Bahagian.

Untuk jawatan Naib Ketua Bahagian pula, penyandang Affendi Zahari dikatakan bakal ditentang oleh Datuk Azizi Ali yang merupakan AJK Bahagian dan bekas Setiausaha Bahagian.Beliau kini dikatakan menjadi Pengurus Besar Syarikat Perumahan Negara ( SPN ).Peluang Affendi yang juga merupakan adik kepada Datuk Fauzi Zahari - Bendahari UMNO Setiawangsa dikatakan - tidak begitu memihak kepadanya kali ini, mengikut sumber berita yang diterima oleh Wilayahkini.


Apapun, gelanggang kini sudah terbuka.Kita harap, ahli - ahli UMNO Titiwangsa dapat membuat satu keputusan yang bijak yang kebaikan semua pihak.Perubahan dari segi memantapkan semula UMNO Titiwangsa amat dialu - alukan sama sekali.Apakah pendapat Anda ? Hantar komen dan emel kepada kami - WILAYAHKINI

Wednesday, June 25, 2008

PENDEKATAN PEMBAHARUAN ALA REFORMASI - KUATKAN KEPIMPINAN ABDULLAH BADAWI !

Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai bagaikan kucar kacir dan kurang stabil apabila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada pilhanraya umum baru - baru ini yang dilihat sebagai tsunami politik BN namun dengan berbekalkan semangat BN masih berkuasa- setiap langkah beraninya kerana benar " PEMBAHARUAN ALA REFORMASI "telah meletakkan imejnya sebagai seorang pemimpin yang merakyatkan negara melalui konsep dan pendekatan reformasinya.

Pendekatan ala reformasi yang digenggam oleh Pak Lah telah mencerminkan dirinya sebagai pemimpin yang berkarisma tinggi, dihormati dan di teladani khususnya gaya kepimpinanya selepas PRU baru - baru ini kerana cabaran di medan arus politik negara begitu panas sehingga saban hari beliau terpaksa melintasi liku - liku perjalanan politik yang begitu tajam dengan serangan bertubi - tubi dari Pakatan Rakyat yang menguasai lima buah negeri dan yang lebih menyakitkan beliau terpaksa juga mengharungi kritikan yang pedas dari sekutunya yang sendiri iaitu daripada UMNO dan parti - parti komponen BN yang lain.

Serangan ini tidak berhenti begitu sahaja malah,satu lagi tekanan yang terpaksa dilaluinya ialah serangan yang tidak terkawal lagi dari bekas bosnya Tun Dr .Mahathir Mohamad sebelum dan selepas pilihanraya.Namun sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 30hb Oktober 2003 sehingga sekarang Pak Lah tidak sama sekali pernag menguris hati Tun Dr.Mahathir Mohamad dengan mengeluarkan kenyataan balas yang tajam ataupun yang berat.Pegangan kuat Abdullah Ahmad Badawi menghormati Tun Mahathir sepanjhang sebagai seorang negawaran ulung negara perlu dijadikan contoh dan teladan oleh pemimpin lain.

Pendekatan pembaharuan ala reformasi yang ditekankan oleh Abdullah Ahmad Badawi bukan satu formula yang baru malah beliau telah mengamalkanya ketika dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 apabila beliau menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM bagi mereformasikan pasukan PDRM demi masa depan negara dan konsep pendekatan Islam Hadhari yang diumukannya ketika perhimpunan Agung UMNO 2004.

Konsep pembaharuan ala reformasi ini boleh diklasifikasikan sebagai " dasar keterbukaan "dalam erti kata yang lain.Malah setelah mendapat mandat yang kuat pada pilihanraya 2004, Pak Lah telah memalu gendang merakyatkan pendekatan reformasi dengan melancarkan Pelan Integriti Nasional atau lebih lebih dikenali sebagai PIN bagi membenteras gejala penyelewengan dan rasuah. Malah beliau sering kali mengingatkan peranan " PIN" kepada para pemimpin dan rakyat jelata dari masa ke semasa.

Dasar keterbukaan Pak Lah juga kelihatan begitu drastik di Parlimen apabila Ahli - ahli Parlimen dan Kementerian serta agensi kerajaan diberi ruang kebebasan yang luas untuk bersuara sehingga ada beberapa pihak yang tidak setuju dengan pendekatan tersebut.Apabila dasar keterbukaan untuk bersuara diamalkan banyak perkara dapat dikengahkan tanpa sebarang sekatan.Justeru itu, ramai pihak bagaikan dikejutkan dengan dasar keterbukaan ala reformasi tersebut kerana tiada apa - apa yang perlu dirahsiakan.Rakyat juga merasakan sesuatu sentuhan yang baru dengan pendekatan tersebut kerana selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahahthir dasar keterbukaan memang jarang ditonjolkan dan rakyat di jinakkan dengan cara Mahathirsme sahaja.

MERAKYATKAN REFORMASI

Dasar keterbukaan Pak Lah turut menyedarkan rakyat befikir mengenai sesuatu isu apabila ianya dibentangkan dan dibahaskan.Malah dibawah kepimpinan Pak Lah sebelum inipun , beliau menerima kritikan dengan hati yang terbuka walaupun umum mengetahui sejak Pak Lah menjadi Perdana Menteri - dua tahun yang pertama , pemerhatianya lebih tertumpu kepada kepimpinan yang lepas ( damage control ) termasuk barisan kabinetnya juga dibarisi daripada kepimpinan yang lepas.Beliau bagaikan seorang Pengurus Pasukan yang hanya merangka dan merancang strategi untuk mempertahankan pasukanya daripada tersungkur.Adakah dasar keterbukaan ( Openess ) Pak Lah yang terlalu terbuka satu kesalahan dari segi taktikal atau rakyat sudah dapat membaca beberapa kelemahan kerajaan dan pemimpin kerajaan daripada sistem dasar keterbukaan Abdullah Ahmad Badawi? Apapun, nama Abdullah Ahmad Badawi akan tercacat dalam sejaraj politik negara apabila menjadi Perdana Menteri pertama yang mengamalkan konsep pendekatan merakyatkan reformasi.

Ketika Abdullah Ahmad Badawi merencanakan sepuluh prinsip Islam Hadhari termasuk menghormati pegangan amalan kaum - kaum lain di Malaysia, sebuah majalah terkemuka di dunia Nesweek dalam muka depanya memaparkan gambar Pak Lah dengan bertajuk " Modern Muslim - Malaysia Prime Minister is leading the push for a more moderate Islam ". Ini jelas menujukkan komitmen Abdullah untuk memberikan satu imej baru kepada agama islam di prasada antarabangsa sebagai Presiden OIC mendapat pengiktirafan dari negara dunia.Ini satu lagi kejayaan kepada kepimpinan Abdullah dalam usahanya untuk menjayakan gerakan reformasinya.

POLITIK ALA REFORMASI

Pegagangan kuat Abdullah dalam melaksanakan pendekatan reformasi turut dilaksanakanya dalam politik UMNO sejak pada tahun 2004 , khususnya selepas pemilihan agung UMNO apabila nama baik UMNO hampir dicemari dengan gejala politik wang yang keterlaluan pada pemilihan parti tahun 2004.Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan seterusnya memberi mandat yang sepenuhnya kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk menangani masalah politik wang hingga ke lubang cacing.Apabila Lembaga Disipilin UMNO mula memanggil beberapa pemimpin utama UMNO untuk siasatan Pak Lah menerima kritikan hebat mengenai justifikasi siasatan namun beliau tidak tunduk kepada sebarang desakan - tumpuanya ialah menghapuskan gejala politik wang dan matlamatnya hanya satu - yang bersalah perlu dihukum.Lantaran episod tersebut, beberapa pemimpin bahagian digantung dan ada yang diberikan amaran lisan.Penggantungan Tan Sri Isa Samad juga menjadi satu turning point dalam sejarah UMNO kerana kemenanganya di batalkan setelah disabit dengan politik wang sehingga Isa kehilangan jawatan Menteri WP dan Naib Presiden UMNO.

Komitmen Pak Lah membendung elemen politik wang dan pendekatan ala reformasi politik yang diambilnya mungkin menyakitkan hati beberapa pihak ketika itu negara memang susah untuk menelan kebenaran dari aspek realiti apatah lagi apabila terpaksa kehilangan jawatan besar kerana politik wang. Setelah tiga tahun, penggantungan Tan Sri Isa ditamatkan semalam dan beliau mempunyai harapan baru untuk bergerak dalam UMNO dengan imej baru.Malah beberapa lagi Ketua Bahagian juga telah dibebaskan daripada penggantungan keahlian.Ianya jelas menunjukkan kepimpinan Pak Lah dalam UMNO tidak menafikan hak demokrasi untuk bertanding semula tetapi cuma menekankan risiko mengenai politik wang.

Sebagai Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi juga banyak mengamalkan konsep reformasi dalam UMNO khususnya semasa perhimpunan agung UMNO dan juga masa - masa yang lain.Ahli - ahli diberikan platform dan ruang yang bebas untuk menyuarakan pandangan masing - masing dan ada kala perbuatan segelintir pemimpin UMNO boleh mencetuskan konterversi tetapi sekali lagi Pak Lah yang menjadi penyelamatnya khususnya dalam isu yang membabitkan keris,siaran langsung sepenuhnya perhimpunan agung UMNO pada tahun 2006- umum mengetahui implikasinya.

Apakah jasa kita sebagai pemimpin UMNO atau ahli UMNO atau balasan kita kepada Abdullah Ahmad Badawi ? Satu persoalan yang cukup menarik untuk dibahaskan.Sungguh menyedihkan sama sekali kerana beberapa pemimpin UMNO dengan lantang menyuarakan supapa Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran kekalahan teruk BN dan UMNO pada Pilihanraya umum baru - baru ini. Malah paling memeranjatkan pemimpin seperti Ketua UMNO Bahagian Cheras Senator Syed Ali Al Habshee memanjat satu lagi tangga dengan menyuarakan kritikan yang pedas di media antarabangsa terhadap kepimpinan Pak Lah ekoran daripada kekalahan BN dan meminta beliau berundur.

Inikah dikatakan semangat UMNO atau nilai kemelayuan yang asli? Ianya ibarat tikam dari belakang.Mereka lupa untuk mengyahati nilai kesabaran dan keikhlasan.Ketika UMNO dan BN dalam keadaan yang kuat dan kukuh semua memuji kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tetapi apabila BN dan UMNO tersungkur mereka bagaikan harimau kelaparan dan menyerang kepimpinan negara bertali arus. Kita perlu ingat semua pemimpin UMNO mempunyai tanggugjawab dan peranan masing - masing sekiranya mereka mahu diri mereka di istilahkan sebagai pemimpin UMNO. Jangan kita cepat melatah dan cepat lupa.Kuatkan iltizam dan semangat kekitaan ketika UMNO ketika susah dan senang.

Sebagai contoh, sebagai Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali yang lantang mengkritik Pak Lah tetapi apakah jasa Syed Ali kepada UMNO dan BN di kawasan Cheras ketika waktu pilihanraya.Memang BN tidak pernah menang di Cheras tetapi sungguh memeranjatkan apabila mendengar berita bahawa Syed Ali bukan pengundi di Parlimen Cheras tetapi mendaftar di Parlimen Titiwangsa.Di mana tanggungjawab kita sebagai pemimpin dikawasan? Hanya mahu bergelar atau mencantikkan diri sebagai Ketua Bahagian untuk syok sendiri? Kita pun tidak tahu sekurang - kurangnya pemimpin seperti Syed Ali ada mengundi ataupun tidak ?Memang senang untuk bercakap besar tetapi apabila tiba agenda tanggugjawab, setiap pemimpin UMNO perlu menilai semula tanggungjawab mereka yang basic diperingkat akar umbi.

Sekali lagi Pak Lah sebagai Presiden UMNO bersikap terbuka dan membiarkan semua pemimpin UMNO dari peringkat kebangsaan hingga ke cawangan untuk bersuara dan memberi pandangan.Sifat beliau yang mencorakkan reformasi politik bersuara dalam UMNO tanpa sebarang dendam dan tindakan telah memberi suntikan semangat kepada Pak Lah untuk menjadikanya lebih kuat lagi dalam UMNO.Beliau tidak menghalang mana - mana pihak dalam UMNO untuk bersuara malah beliau mendengar kritikan mereka dengan hati yang terbuka dan selepas lebih 100 hari selepas PRU , pendekatan pembaharuan politiknya dalam UMNO telah menjadikanya sebagai seorang pemimpin UMNO yang tersohor.

RETREAT UMNO - BUKTI KETERBUKAAN PAK LAH

Yang paling terkini ialah penganjuran Retreat UMNO selama dua hari melibatkan kepimpinan tertinggi parti juga telah mencacat satu lagi sejarah dalam UMNO dimana pada retreat tersebut semua pemimpin tertinggi UMNO diberi peluang untuk menyuarakan isi hati mereka dengan terbuka tanpa sebarang halangan dan sekatan.Penganjuran retreat tersebut menunjukkan satu lagi usaha Pak Lah untuk memartabatkan kembali UMNO melalui formula pembaharuan yang terbuka.

Apabila kita mengupas atau membicarakan mengenai politik UMNO , tidak sesiapa pun boleh mencabar , menderhaka ataupun berpaling tadah kepada UMNO kerana insiden 1987 dan insiden 1998 - pemecatan Anwar Ibrahim contoh yang terbaik untuk dikaitkan.Kedua - dua insiden tersebut juga disebabkan oleh pemimpin UMNO dan bukanya anasir dari luar.Justeru itu, kekuatan dan kelemahan UMNO berada digenggaman setiap ahli - ahli UMNO dinegara ini.Kelunturan semangat UMNO boleh menjatuhkan kepimpinan negara dan kita jangan lupa BN dapat berkuasa kembali walaupun diserang tsunami - adalah juga kerana UMNO.UMNO boleh di ibaratkan dulu kini dan selamanya.

REFORMASI MEDIA - MASSA

Dasar terbukaan Pak Lah juga telah membolehkan media massa yang menyiarkan berita - berita tanpa sebarang sekatan.Malah kebenaran kerajaan membenarkan Harakah diterbitkan dua minggu sekali dan juga membenarkan penerbitan Suara Keadilan mencerminkan satu lagi pendekatan reformasi media dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia.Malah peranan Media alaf baru ( New Media ) iaitu melibatkan blog dan sebagainya kian di iktiraf oleh pihak kerajaan.Mereka juga diberikan ruang dan spesifikasi yang mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka.

REFORMASI BPR AKHIRNYA JADI KENYAATAAN

Selain itu pendekatan reformasi Pak Lah untuk sistem kehakiman negara serta reformasi untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah untuk sebagai satu badan bebas juga telah menjadikanya sebagai seorang pemimpin yang berani dan benar demi rakyat Malaysia.Malah suara- suara untuk meletakkan BRP sebagai sebuah badan yang bebas telah mula disuarakan oleh Allahyarham bekas Menteri Dalam Negeri Ismail Abdul Rahman pada 14hb April , 1967.Akhirnya impian tersebut juga dapat menjadi realiti dengan usaha dan komitmen Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

Kita perlu ingat , Abdullah Ahmad Badawi meneruskan segala wawasan dan ilham Tun Mahathir termasuk wawasan 2020 tetapi cuma pendekatanya berbeza dan lebih memfokuskan formula ala pembaharun reformasi demi rakyat untuk rakyat.Sepertimana ungkapan Pak Lah - berkerja bersama saya dan bukan untuk saya amat sesuai sekali untuk perancanganya mewjudukan satu alaf baru iaitu - reformasi untuk semua.

Monday, June 9, 2008

PUTERI UMNO WP : SIAPA LEBIH LAYAK DAN BERANI ? UMUMUKAN SEGERA !

Masanya sudah tiba bagi Puteri UMNO Wilayah Persekutuan memikirkan satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk menaikkan semula imej Puteri Wilayah Persekutuan.Ramai ahli - ahli Puteri di Kuala Lumpur masih tertanya- tanya apakah sudah terjadi dengan Puteri UMNO WP? tiada pejabat? tiada talian telefon dan tiada satu program jangka panjang yang sistematik dan efesyen. Sekiranya trend seperti ini berulang sudah tentu nasib Puteri WP akan kian malap dan kian menderita.Wilayahkini juga telah memaparkan beberapa berita mengenai Puteri Wilayah Persekutuan untuk dihayati bersama.Kami sangat terkejut apabila Wilayahkini menerima banyak respons daripada ahli- ahli Puteri dari Wilayah Persekutuan berbentuk emel dan komen- komen yang bernas dan kami juga terpaksa meminta maaf kerana kami terpaksa memantau beberapa komen yang yang berbentuk lucah demi kebaikan bersama.
Wilayahkini juga tidak menafikan bahawa sekiranya dibandingkan dengan Ketua Puteri WP Azlinda Rashad, Naib Ketua Puteri WP, Datin Ismalina Ismail memang mempunyai kelebihan, kekuatan dan kredibilitinya yang tersendiri sehingga telah menyuntik satu semangat baru kepada Puteri WP dan Puteri Wangsa Maju yang diterajuinya.Ismalina memang amat sesuai bertanding untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia jika dibandingkan dengan calon - calon yang lain tetapi adakah Ismalina sudah bersedia untuk menempuh segala cabaran tersebut? Adakah Ismalina hanya mahu menghangatkan suasana atau Ismalina belum bersedia atau tidak berani? Sepertimana yang kami utarakan sebelum ini langkah dan pendekatan yang diambil oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shahaniza Samsudin sebelum mengumumkan niatnya untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Kebangsaan - memang satu strategi yang cukup baik.Kini ahli - ahli Puteri WP kena bangkit dan jangan hanya harapkan pemimpin mereka untuk bersuara.Ahli - ahli Puteri di WP perlu berani menamakan calon keutamaan mereka melalui kuasa yang mereka ada di peringkat bahagian.Ayuh, marilah kita sama- sama memilih sama ada Ismaliana atau Azlinda?Beranikanlah diri anda sekiranya mahu melihat satu pemimpin Puteri yang kuat di WP demi masa depan Puteri WP .Kita mahukan satu kepastian bukanya satu andaian semata- mata.Sekiranya Azlinda Rashad berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan parti yang lepas , kenapa tidak kali ini untuk jawatan yang lebih tinggi ?Anda perlu ingat ramai ahli - ahli Puteri mahukan satu kepastian. Bola dikaki anda...

Tuesday, May 27, 2008

PUTERI WP - SIAPA LEBIH GLAMOUR DI WP ? AZLINDA ATAU ISMALINA ? KEDUA - DUA BERTANDING JAWATAN KETUA PUTERI MALAYSIA?

oleh : Wartawan Wilayahkini


KUALA LUMPUR-- Perkembangan semasa Puteri UMNO WP ( Pu3 WP ) semakin menarik menjelang pemilihan cawangan , bahagian dan peringkat nasional dimana Ketua Puteri UMNO WP Azlinda Rashad dan Naib Ketua Puteri UMNO WP Datin Ismalina Ismail dijangka akan menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua Puteri Malaysia yang bakal dikosongkan oleh Datuk Noraini.
Cakap - cakap sudah mula kedengaran dimana kedua - dua teraju utama Puteri UMNO WP berminat untuk menawarkan diri walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada kedua - dua mereka setakat ini.Namun, di WP sudah hangat diperkatakan dikalangan ahli -ahli Puteri bahawa Azlinda dan Isamalina berminat untuk bertanding.
Memang pelik tetapi benar.Inilah situasi yang terkini mengenai Puteri WP selepas WILAYAHINI memaparkan berita mengenai talian telefon di potong dan ketiadaan pejabat. SILA BACA DI SINI
Ramai berpendapat sudah tiba masanya bagi calon dari WP untuk memegang tampuk Puteri UMNO Malaysia setelah dua penggal dipegang oleh Johor - Datuk Azalina dan Datuk Noraini.Namun sekiranya Azlinda dan Ismalina menawarkan diri untuk jawatan yang sama mungkin peluang wakil WP untuk meduduki kerusi tersebut amat sukar sikit, kata seorang Ketua Puteri.

Sekiranya kita bercakap mengenai Puteri Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail lebih menonjol jika dibandingkan dengan Azlinda Rashad tetapi di peringkat akar umbi khususnya di Wilayah Persekutuan berpendapat kedua - dua mereka mempunyai peluang yang sama di Wilayah Persekutuan . Ada yang berpendapat Azlinda mempunyai sokongan yang lebih kuat di WP jika dibandingkan dengan Ismalina kerana Azlinda mempunyai hubungan yang lebih akrab dikalangan ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan dan Ismalina pula dikatakan tidak mempunyai hubungan yang intim dengan ahli - ahli puteri di WP.

Ismalina pula dikatakan mempunyai kekuatan di peringkat nasional sejak dulu lagi kerana begitu aktif dengan program - program Puterinya.Ismalina juga dikatakan lebih banyak membuat program untuk Puteri jika dibandingkan dengan Azlinda Rashad di Wilayah Persekutuan.Selaku Ketua Puteri Wangsa Maju, Ismalina juga telah dikatakan mencorakkan satu gaya kepimpinan yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

Namun sejak setahun yang lepas, prestasi Puteri WP dikatakan bertambah lesu dan ramai sudah mula menuding jari kepada pucuk pimpinan Azlinda Rashad yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kepong.Puteri WP juga dikecam kerana tidak aktif dan lantang berjuang selari dengan Badan Perghubungan UMNO WP dalam beberapa isu jika dibandingkan dengan Pergerakan Wanita UMNO WP.Di manakah silapnya ? Siapa yang bertangungjawab? Azlinda atau Ismalina ...sedangkan kedua - dua mereka adalah exco Puteri UMNO Malaysia.

Beberapa ahli - ahli puteri WP yang menghantar emel kepada Wilayahkini juga mahukan satu pendekatan ataupun sikap yang keterbukaan di peringkat atasan Puteri UMNO WP.Mereka juga mengakui bahawa Ismalina Ismail telah memberikan saru imej baru kepada Puteri WP tetapi mereka mahukan satu hubungan yang lebih akrab dapat dijalinkan diperingkat akar umbi.

Sehingga hari ini belum ada lagi kepastian daripada kedua - dua pemimpin tersebut mengenai hasrat mereka untuk bertanding Ketua Puteri Malaysia. Wilayahkini juga difahamkan hanya Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Shaniza Samsuddin yang telah mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Malaysia , itupun setelah beliau mendapat restu daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yacob.Bagaimana pula di WP? Adakah mereka telah menyampaikan hasrat mereka kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP Datuk Seri Zulhasnan Rafique? Mendapatkan restu bukan satu kemestian tetapi satu pendekatan yang lebih strategik, kata seorang ahli puteri Lembah Pantai kepada Wilayahkini.

Apabila bertanya mengenai peluang kedua - dua pemimpin , pemimpin Puteri dari Lembah Pantai itu yang enggan menyebut namanya berkata , kedua - dua mereka mempunyai peluang tetapi kita tidak mahu kedua - dua mereka bertanding jawatan yang sama.Pada pemilihan yang lepas, Azlinda Rashad mendapat pencalonan yang mencukupi untuk jawatan Naib Ketua Puteri dan mungkin kali ini beliau boleh bertanding jawatan Ketua Puteri dan Ismalina bertanding jawatan Naib Ketua Puteri, katanya.

Ada pula yang berpendapat Azlinda mempunyai personaliti yang glamour jika dibandingkan dengan Ismalina tetapi pada yang sama beberapa orang lain pula berpendapat pemimpin Puteri memang perlu imej yang glamour dan anggun tetapi yang penting ialah mereka perlu mempunyai track record yang terbaik dan bukanya kecantikan diri sahaja. Apa kurangnya Ismalina? Sejak bergelar Datin , imejnya juga lebih glamour sekarang, kata seorang lagi ahli puteri yang juga penyokong kuat Ismalina Ismail.
Apapun masanya sudah tiba untuk ahli - ahli Puteri di Wilayah Persekutuan untuk memilih kepimpinan yang lebih efektif dan efesyen.KITA ALU - ALUKAN KOMEN DAN EMEL !

Friday, May 23, 2008

DBKL KECOH ! TIMBALAN MENTERI WP DI SERGAH ! WEE CHOO KEONG DAN GOPALAKRISHNAN BERTINDAK BIADAB! ORANG RAMAI KECEWA GELAGAT PEMBANGKANG !

LAPORAN KHAS WARTAWAN WILAYAHKINI

Apa sudah jadi ? Inilah yang dapat digambarkan perwatakan segelintir ahli parlimen pembangkang termasuk Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) dan Gopalakrishnan ( Bagan Serai ) yang bertindak biadab dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan di hadapan pejabat DBKL di Jalan Raja Laut hari ini ketika demontrasi yang di anjurkan oleh Wee Choo Keong berhubung insiden roboh gerai di Desa Setapak, Wangsa Maju dua hari yang lepas.





Bangunan DBKL menjadi kecoh dan lebih teruk dari pasar apabila Wee Choo Keong dan Gopalakrishnan memperalatkan penjaja yang terbabit untuk kepentingan politik masing - masing.Wartawan Wilayahkini yang turut berada di lokasi terkejut melihat insiden tersebut.

Ketika para wartawan menunggu untuk membuat liputan demontrasi tersebut , atas sifat kemanusian semua wartawan berkumpul dihadapan pejabat DBKL seawal 10.30 pagi walaupun kami dimaklumkan majlis demo hanya akan bermula pada jam 11 pagi.Tetapi pada jam 10.30 pagi muncul sekumpulan masyarakat untuk menyampaikan memorundum kepada Pegawai Khas Datuk Bandar mengenai isu Kampung Abdullah Hukum.Ketika ditanya oleh wartawan wakil kumpulan tersebut memberitahu mereka juga mahu ambil kesempatan dalam demo yang dianjurkan oleh Wee Choo Keong.Wartawan yang membuat liputan terserentak seketika apabila mendengar jawapan tersebut.

Kira - kira jam 11 pagi , Wee Choo Keong tiba di perkarangan DBKL bersama dua buah bas sekolah yang membawa para penjaja yang terbabit.Sejurus turun dari bas mereka semua melaungkan slogan hidup Keadilan dan berteriak macam - macam sampai orang ramai yang datang berurusan di DBKL , terkejut dan marah dengan tindakan mereka.Mereka mula bertanya kepada para wartawan " apa sudah jadi? Kenapa mereka bertindak biadab macam begitu? Inikah watak ahli - ahli parlimen pembangkang ? Apa nak jadi dengan KL ? tanya mereka.

Keadaan memang menjadi tegang dan tidak terkawal.Pihak polis juga tidak ada di sana untuk kawal keadaan.Dimana perginya pegawai penguatkuasa DBKL? Adakah demo tersebut mendapt permit polis?
Ketika inilah, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan tiba di hadapan pejabat DBKL.Sejurus selepas Saravanan keluar dari keretanya, Ahli Parlimen luar dari KL , S.Gopalakrishan ( Bagan Serai ) sergah ( ambush) Timbalan Menteri WP dengan kasar.Ketika inilah, Sarawanan dilihat berkata " sekiranya macam inilah perangai anda macam mana kita nak uruskan Kuala Lumpur dengan tenteram dan aman?

Gopalakrishnan bertindak mengunakan ayat - ayat yang kasar dengan Saravanan.Apabila Saravanan balas balik " anda bukan ahli parlimen Wangsa Maju ...Gopalakrishnan terus sergah lagi dengan keras dan lantang berkata ..I am the law maker".

Kemudian Saravanan naik ke pejabat untuk menerima taklimat ringkas dan turun kebawah selepas beberapa minit dan mengajak semua Ahli Parlimen termasuk penjaja yang terlibat untuk mengadakan mesyuarat di tingkat 3.

Saravanan turut mengajak para wartawan untuk hadir bersama menyaksikan mesyuarat tersebut ..." Nothing to hide here ", katanya.

Ketika Saravanan memulakan rundingan keadaan menjadi lebih kecoh apabila, Wee Choo Keong, Gopalakrishann bertindak melulu , kurang ajar dan melulu dihadapan semua orang dengan kata - kata yang tidak hormat terhadap Saravanan, Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusuf dan Pengarah Perancangan DBKL Haji Mahadi.
Ketika inilah, para penjaja yang gerai mereka kena roboh , bangun meminta maaf kerana beroperasi di tapak haram dan meminta kerjasama DBKL untuk mendapatkan tapak yang baru kepada mereka untuk menyara hidup.

Insiden menjadi besar apabila Wee Choo Keong dan Gopalakrishnan berkata macam - macam sehingga wartawan yang hadir menyaksikan insiden tersebut sangat kecewa dengan sikap dan perwatakan Wee Choo Keong dan Gopalakrishnan kerana mereka bertindak tidak bermoral dalam mesyuarat dan menjadikan mesyuarat macam kandang babi.
Akhirnya mesyuarat ditamatkan dengan keputusan satu lagi mesyuarat susulan akan diadakan selepas meneliti cadangan tapak pembangunan baru daripada para penjaja. Wartawan yang hadir geleng kepala dengan insiden tersebut .

APA YANG WILAYAH KINI INGIN TEGASKAN DI SINI IALAH :

1.Kenapa Ahli Parlimen Wangsa Maju tidak memberitahu DBKL mengenai demo tersebut kenapa beliau mencari pendekatan demo?

2.Memang wujud masalah komunikasi diantara pegawai atasan DBKL dan pegawai yang bertugas.Mereka perlu memastikan satu kaedah komunikasi yang betul dan dua hala.

3.Menteri WP kena tegas dalam isu gerai haram selepas ini dan buat penguatkuasaan secara menyeluruh di semua kawasan sekaligus selepas memberikan notis.

4.Pihak pembangkang mahukan tidakan diambil terhadap penjaja haram.Kenapa tunggu 3 atau 4 tahun? Bertindak segera berlandaskan undang - undang.

5.Pihak pembangkang menceroboh bangunan kerajaan dan bertindak biadab semasa mesyuarat.Inikah caranya? Kenapa DBKL tidak bertindak? Kenapa Menteri WP tidak ambil tindakan? Kerana insiden yang berlaku hari ini memang sesuatu yang perlu diberi perhatian.Adakah pihak pembangkang akan berdiam diri sekiranya pihak BN bertindak di negeri - negeri Pakatan Rakyat ataupun di pejabat mereka ?

6.Di mana pihak polis ?

7.Adakah laporan Polis akan dibuat terhadap Wee dan Gopalakrishan?

8.DBKL juga perlu bertindak mengikut undang - undang dan jangan ikut kemahuan sendiri dan jangan sesekali hukum pengundi kerana mereka mengundi pihak pembangkang pada PRU baru - baru ini.

9.Dimana kualiti Ahli - Ahli Parlimen? Di mana sikap hormat mereka?

10.Para wartawan amat kecewa dengan insiden hari ini dan berharap Kementerian WP dapat bertindak selepas ini sekiranya mahu menjadikan KL sebagai bandaraya kelas pertama.

AMAT MEMALUKAN - INSIDEN HARI INI......

Wednesday, May 21, 2008

BADAN BERTINDAK PEMUDA WP ?

WILAYAHKINI menerima emel daripada beberapa pengirim yang bernama PEMUDA SAYANG WP dimana mendedahkan ada beberapa usaha untuk menubuhkan Badan Bertindak Pemuda UMNO WP kerana ramai ahli - ahli Pemuda di Wilayah Persekutuan telah mula hilang kepercayaan kepada barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang di ketuai oleh Datuk Norza Zakaria dan cara beliau mengendalikan Pemuda WP ketika ini.

Pergerakan Pemuda UMNO WP dikatakan tidak langsung mempedulikan suara - suara diperingkat akar umbi sampai tidak ada sebarang bentuk tindakan diambil selepas PRU baru- baru ini sehingga Pemuda WP hilang arah perjuangan.Mereka menyifatkan sekiranya pucuk pimpinan tertinggi Pemuda WP bertindak sedemikian ramai anak - anak muda di Kuala Lumpur akan menyertai Pakatan Rakyat kerana mereka sudah hilang kepercayaan.

Dalam emel itu, mereka juga mendesak , Ketua Pemuda WP, Datuk Norza Zakaria mengadakan satu mesyuarat khas bersama semua Ketua - Ketua Pemuda dan pucuk pimpinan tertinggi pemuda bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh Pemuda WP dengan segera.

Sekiranya Norza tidak berminat, pengirim emel itu berpendapat Datuk Norza perlu meletak jawatan dengan segera ataupun merayu Pemuda Malaysia masuk campur tangan untuk menyelamatkan maruah Pemuda WP.Dalam emel itu juga ada disebut mengenai rancangan penubuhan BADAN BERTINDAK PEMUDA WP sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.

Wilayahkini juga sebelum ini telah menyiarkan banyak berita - berita mengenai Pemuda WP dan juga komen - komen yang bernas yang diteriman daripada ahli - ahli Pemuda.Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana kita berpendapat ramai ahli - ahli pemuda mahu bergerak tetapi tiada landasan yang kukuh.
Mengenai penubuhan Badan Bertuindak Pemuda WP, Wilayahkini perlu mendapatkan
kepastian daripada pemimpin Pemuda WP.Harap mereka dapat mengesahkan mengenai berita tersebut kepada Wilayahkini melalui komen ataupun emel.
Apapun kita perlu bersyukur kerana anak - anak muda kita masih sayangkan parti dan UMNO.Kita perlu memberi tunjuk ajar dan panduan untuk mereka.Jangan kita terlepas tangan dengan begitu sahaja.